Rup halin ( about me)

Ảnh của tôi
Dalam tanâh Yuen hu anâk Cam saong nagar Cam

Sang/Home

Thứ Năm, 10 tháng 2, 2011

Diantara Mereka Dan Kita

Bersumberkan dari misionari Perancis , 30 tahun sebelum kejatuhan kerajaan Champa kepada Dinasti Nguyen dari Vietnam pada tahun 1693 , terdapat ramai orang Melayu yang berkerja pendakwah dan sebagai tukang tulis di Mahkamah Champa . Tugas utama mereka adalah untuk mengajar Islam kepada penduduk Champa. Peranan orang-orang Melayu jelas kelihatan dalam mencetus kebangkitan masyarakat Champa menentang orang-orang Vietnam yang memasuki ke jajahan mereka .
Perjuangan masyarakat Champa pada tahun 1796 telah diketuai oleh seorang bangsawan Melayu bernama Tuan Phaow. Beliau dipercayai berasal dari Kelantan , kerana pengikutnya diberitahui yang beliau berasal dari negeri Serambi Mekah ( Kelantan ) . Kebanyakkan pengikutnya berasal dari masyarakat Champa dan Melayu. Perjuangan Tuan Phaow ini berpaksikan keagamaan yang kuat. Beliau mengaku telah dihantar oleh tuhan untuk menerajui perjuangan ini. Penentangan yang bertahan selama 2 tahun ini, dikalahkan oleh tentera Nguyen yang mendapat bantuan dari sebahgian pemimpin masyarakat Champa. Tuan Phaow berjaya melarikan diri ke Mekah. Penentangan ini bukti jelas bagaimana pengaruh hubungan Champa-Melayu dan agama Islam mempengaruhi pegerakan tersebut.
Hubungan Champa-Melayu Abad ke 20
Serangan tentera maharaja Vietnam dalam tahun 1835 ,telah melenyapkan Kerajaan Champa yang telah berdiri sejak hampir dua ribu tahun sebelum itu . Sejak dari itu, kawasan jajahan Kerajaan Champa yang dikenali sebagai Panduranga oleh masyrakat Champa , telah dimasukkan sebagai wilayah dalam Vietnam . Selepas dari tahun 1835 , masyarakat Champa tertakluk dibawah undang-undang Vietnam . Golongan bangsawan Champa telah menjadi orang tengah diantara masyarakat dangan gologan pemerintah Vietnam.
Lawatan diantara masyarakat Champa dan Melayu bertambah kerap pada kurun ke 20 ,kebiasaannya adalah lawatan atas dasar pertalian persaudaraan , disamping faktor kesamaan aqidah yang kuat Sehingga kini , masih terdapat lawatan ke kampung-kampung masyarakt Champa di Kemboja – untuk membantu membangunkan masyarakat tersebut dari segi ilmu keagamaan dan bantuan kemansiaan.
Menghampiri akhir Perang Vietnam dari tahun 1975 hingga 1993 , Kerajaan Malaysia mengambil tidak kurang dari 7000 orang Islam Champa – pelarian dari Vietnam dan Kemboja , menjadikan mereka satu-satunya kumpulan pelarian dari berpuluh pelarian Vietnam yang diterima masuk dan menetap di Malaysia . Malaysia yang mempunyai polisi tidak mengiktiraf taraf pelarian, telah memberi kelongaran pada kumpulan ini. Walaupun kenyataan rasmi yang di keluarkan adalah berdasarkan dasar kemanusiaan , namun kebenaran yang tidak dapat dinafikan adalah disebalik hubungan persaudaraan yang kuat Melayu-Champa yang mempunyai kesamaan dari segi budaya dan kepercayaan.

1 nhận xét:

  1. Sedih baca sejarah negara Champa. Biar kerajaan Champa sudah hilang, anak-anak Cham jangan sampai lupa asal usul.

    Salam saya dari Malaysia

    Trả lờiXóa