Laut Champa, mungkinkah ?
Sebut sahaja Laut China Selatan, seluruh dunia mengetahuinya. Ia merupakan laut yang terletak di tengah-tengah Asia Tenggara iaitu di antara Semenanjung Malaysia dan Borneo, bermula dari Selat Taiwan di Utara sehingga ke Singapura di Selatan, kesemuanya meliputi keluasan kira-kira  3,500,000 km².


Kedudukan Laut China Selatan sekarang
Mungkin ramai yang tidak langsung mengetahui, bahawa suatu ketika dahulu, laut yang terbentang luas ini pernah di panggil sebagai LAUT CHAMPA. Mengejutkan bukan, tapi itulah  hakikat sebenarnya. Kenapa dinamakan Laut Champa?
Champa sebenarnya merupakan sebuah empayar agung yang dikuasai oleh keturunan Malayo-Polynesian ataupun mudah disebut sebagai MELAYU. Empayar Melayu silam ini dikenali sebagai Empayar Champa yang pernah menguasai sebahagian besar  selatan Indochina hari ini.
Empayar ini diasaskan pada sekitar abad ke-7M  dan bertahan sehingga tahun  1832M. Sepanjang tempoh tersebut, Empayar Champa mengalami pelbagai peristiwa turun naik sehingga memaksa ibukotanya dipindahkan beberapa kali iaitu di Indrapura (875-978M), Vijaya (978-1485M) dan terakhir di Panduranga (1485-1832M) setelah diasak oleh orang-orang Viet (Vietnam) yang berasal dari Utara (Selatan China).

Empayar Champa
Empayar Champa dikatakan mencapai zaman kemuncak kekuasaannya sekitar tahun 800-1000M. Sepanjang tempoh tersebut, orang-orang Champa menguasai perdagangan rempah dan kain sutera di antara China, Nusantara dan Kerajaan Abbasiah di Baghdad.


Empayar-empayar utama sekitar tahun 800M
Orang-orang Champa merupakan pelaut dan pedagang yang mahir. Menurut Tan Sri Prof. Emeritus Dr. Ismail Hussein, Presiden Gabungan Persatuan  Penulis Nasional Malaysia (GAPENA), Laut China Selatan ini asalnya dikenali sebagai LAUT CHAMPA. Ia menjadi tempat atau gelanggang utama perdagangan dan pelayaran orang-orang Champa.
Keagungan dan kemasyhuran Empayar Champa di samping kehebatan serta kemahiran orang-orang Champa dalam perdagangan dan pelayaran diakui dan terkenal bukan sahaja di Nusantara bahkan juga ke seluruh dunia sehingga laut di sekitarnya lebih dikenali sebagai LAUT CHAMPA.


Laut Champa, gelanggang tempat orang-orang Melayu "bermain". Betapa eratnya
hubungan diantara Tanah Melayu khususnya Kelantan dengan Kerajaan Champa
sehingga wujudnya sebuah tempat yang digelar sebagai Pengkalan Chepa. "Chepa"
yang di maksudkan di sini ialah Champa
yang disebut mengikut dialek sebutan orang-orang Kelantan-Patani
Mungkin sudah sampai masanya kita merobek kembali apa yang telah tertulis dan dipaparkan
didalam buku-buku. Kita ubah dan bina kembali sejarah silam kita. Bangsa Melayu sebenarnya
bukan lemah, PENJAJAH yang sebenarnya cuba melemahkan kita. Mereka rampas apa yang
sebenarnya menjadi HAK kita. CHAMPA sebenarnya adalah HAK kita begitu juga dengan
laut di sekitarnya…LAUT CHAMPA.