Rup halin ( about me)

Ảnh của tôi
Dalam tanâh Yuen hu anâk Cam saong nagar Cam

Sang/Home

Thứ Sáu, 11 tháng 2, 2011

Identiti, budaya orang Cam Kemboja semakin terhakis

Laporan Kamal Ahmad di Kemboja
mohdkamal@bharian.com.my
2010/07/21

MELAYU Cam dikatakan berasal dari Vietnam. Ini dibuktikan dengan kewujudan Kerajaan Champa (Cham Pa dalam bahasa Vietnam) atau (Chiem Thanh dalam rekod Han Viet) dan (Chen Ching dalam bahasa China) yang menguasai selatan dan tengah Vietnam antara abad ke-7 hingga abad ke-19 (1832).

Kerajaan itu diperintah 14 dinasti. Nama Champa wujud sejak 658M dalam satu prasasti Sanskrit yang dijumpai di selatan Vietnam Tengah sekarang. Mengikut sumber itu, Champa diterajui Bhadravarnom.
Kerajaan itu turut menyerap pengaruh China pada akhir kurun ke-13 dan lenyap pada kurun ke-15. Kerajaan ini diasaskan Chu Lien dan dipengaruhi agama Hindu. Inderapura adalah bandar pelabuhannya yang turut menempatkan pegawai pemungut cukai.
Rekod terawal negara yang didirikan kaum Cam dikesan dalam manuskrip China yang dicatat dua orang wakil Maharaja Wu, iaitu Kang Thai dan Zhu Ying bertarikh pertengahan abad ke-3M.

Rekod itu keterangan mengenai Kerajaan Funan dan dinyatakan bahawa: “Kerajaan Funan terletak lebih dari 3000 li3 ke barat Negara Lin Yi.”

Kerajaan ini yang digelar pengkaji sejarah sebagai Champa dikenali di kalangan orang China sebagai Lin Yi (bermakna ‘hutan yang penuh dengan keganasan’). Negara Lin Yi dipercayai wujud sejak 192M di bawah pemerintahan raja Hindu bernama Sri Mara.

Pengkaji sejarah menganggap Lin Yi yang dikenali juga sebagai Indrapura atau Angadvipa – sebagai negara Champa yang terawal.
Selepas itu, Kerajaan Champa menerima tekanan daripada Dai Viet (Viet Agung) nama rasmi bagi merujuk dinasti Vietnam bermula dengan pemerintahan Ly Thanh Tong, iaitu raja ketiga Dinasti Ly.

Pada 1471, tentera Vietnam menawan Vijaya, kota utara Cam dan pada 1697, Panduranga menjadi jajahan pemerintah Vietnam. Pada 1832, Raja Vietnam, iaitu Minh Mang menawan semua wilayah Cham, sekali gus menamatkan kekuasaan Kerajaan Champa.

Orang Cam asalnya menganut Hindu dan kemudian menjadi penganut Islam yang taat sehingga muncul sebagai Kerajaan Islam yang sangat berpengaruh dan satu-satunya di rantau ini ketika itu.

Kini, orang Cam boleh ditemui di Kemboja, Thailand dan Malaysia. Sepanjang perang saudara dan konflik politik di Kemboja pada 1975 hingga 1998, seramai 147,228 pelarian rakyat Kemboja, termasuk etnik Melayu Cam berada di beberapa negara termasuk Amerika Syarikat, Britain dan Perancis.

Di Kemboja (asal perkataan Kambuja), dianggarkan ada lebih 500,000 etnik Melayu Cam yang bertumpu di Kompong Chhnang, Kompong Cham, Battambamg selain di Bandaraya Phnom Penh. Mereka terbahagi kepada dua kumpulan yang ketara, iaitu Cam Chweia dan Cam Champa.

Cam Champa tinggal kawasan bandar, sekali gus paling terdedah kepada kehilangan bahasa dan budayanya. Mereka bersekolah dan bergaul dengan komuniti Khmer, sekali gus diri mereka menyerap identiti Khmer.

Cam Chweia lazimnya tinggal dalam rumah bot, menyara hidup dengan menangkap ikan di tasik Tonle Sap dan Sungai Mekong. Walaupun kebanyakan mereka buta huruf dan tidak boleh membaca al-Quran, namun mereka mengamalkan tradisi Islam iaitu solat lima waktu.

Seorang pemimpin dalam Persekutuan Champa Antarabangsa, Mat Mot, dipetik daripada laman web pertubuhan itu sebagai berkata: “Orang Cam sudah hilang budayanya sejak sekian lama. Hampir semua lenyap kira-kira 480 tahun lalu. (Kami) kehilangan bahasa, pendidikan dan agama.”

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét