Kelantan ada kaitan Champa?
Ini satu kemungkinan sekiranya berdasarkan kepada kewujudan pertalian antara Kelantan dan Champa semenjak dahulu kala. Di Kelantan terdapat nama-nama yang ada kaitan dengan Champa seperti Pengkalan Chepa, Kampung Chepa dan Gong Chepa; dan nama-nama pakaian dan perhiasan seperti tanjak Cepa, kain tenun Cepa, sutera Cepa, sanggul Cepa dan keris Cepa. Masjid Kampung Laut, yang merupakan antara masjid yang tertua di Malaysia juga dipercayai dibina oleh orang-orang Champa yang singgah di Kampung Laut dalam perjalanan ke Demak di pulau Jawa pada awal abad ke-16.
Malahan ada sebuah hikayat Cham yang bertajuk Nai Mai Mang Makah (Puteri dari [Serambi] Mekah) yang meriwayatkan tentang seorang puteri diraja Kelantan (Serambi Mekah) yang datang ke Champa untuk mengajak seorang Raja Champa kepada Islam.
Garisan Zaman ('Timeline') Champa
Abad ke-2M = Lin Yi wujud sebagai Negara Kaum Cham di bawah pemerintahan Sri Mara.
Abad ke-3M = Kerajaan Lin Yi (L�m-Âp) dicatat dalam Sejarah China. Lin Yi menyerang Viet Nam and China Selatan pada tahun 248.
Abad ke-5M = Penyatuan lima wilayah Cham iaitu Indrapura (Lin Yi), Amravati (Quang Nam), Vijaya (Binh Dinh), Kauthara (Nha Trang) dan Panduranga (Phan Rang) sebagai Negara Champa di bawah pemerintahan Raja Bhadravarman I.
543 = Champa menyerang Viet Nam tetapi telah dikalahkan oleh Pham Tu, Panglima kepada Raja Ly Bon.
982 = Tentera Ðai Viet di bawah Ly Thuong Kiet menyerang dan mengundurkan sempadan Champa sehingga ke selatan Hoanh Son (Thanh Hoa)
1069 Raja Ly Thanh Tong mengepalai serangan Ðai Viet ke atas Champa; menjarah Vijaya dan menahan Raja Rudravarman III (Che Cu) sebagai tebusan untuk penukaran tiga wilayah iaitu Dia Ly, Ma Linh dan Bo Chanh (kini dikenali sebagai Quang Binh dan Quang Tri)
1307 = Puteri Vietnam Huyen Tran berkahwin dengan Raja Jaya Sinhavarman III (Che M�n), dan sebagai 'dowry' telah diserahkan dua wilayah iaitu O dan Ly.
1370 = Raja Che Bong Ng� berkali-kali menyerang dan menjarah Thang Long (Ha Noi). Che Bong Ng� mati dibunuh dalam peperangan yang lain pada 1382.
1402 = Ðai Viet menyerang Champa. Ho Quy Ly memaksa Raja Campadhiraya untuk menyerahkan Indrapura (Quang Nam) dan wilayah Amaravati (Champa Utara) kepada Ðai Viet.
1471 = Tentera Ðai Viet dibawah pimpinan Raja Le Thanh Tong menawan dan menghancurkan Vijaya. Ðai Viet menduduki kawasan yang baru dirampas ini dan menjadikan kawasannya jajahan baru sebagai wilayah Thang Hoa, Tu Nghia dan Hoai Nhon.
1578 = Panglima Nguyen Hoang merampas kawasan Champa di Phu Yen.
1611 = Champa menyerang Ðai Viet dalam usahanya untuk merebut kembali Binh-Dinh, tetapi gagal.
1653 = Champa melancarkan serangan ke atas Ðai Viet sekali lagi dan gagal. Batasan sempadan selatan Ðai Viet meluas sehingga ke Cam-Ranh.
1653 = Panglima Nguyen Phuc Tan menawan wilayah Kauthara dan membesarkan sempadan Ðai Viet ke selatan sehingga ke Cam Ranh.
1692 = Panglima Nguyen Phuc Chu merampas wilayah saki baki Champa yang lain dan menjadikan mereka sebagai wilayah jajahan dalam Tran Thuan Thanh.
1832 = Raja Ðai Viet, Minh-Menh menjatuhkan Raja Champa yang dilantik oleh Ðai Viet dan ini menandakan pengakhiran kepada Champa sebagai satu wilayah khusus untuk orang Cham.
1833 - 1834 = Pemberontakan Katip (Khatib) Sumat (seorang Muslim) untuk merampas kembali wilayah Champa dari Ðai Viet tetapi gagal.
1834 - 1835 = Pemberontakan Khatib Ja Thak Va (juga seorang Muslim tetapi bermazhab Syi'ah) untuk menyambung perjuangan Katip Sumat menentang Ðai Viet. Juga gagal.
Setelah membaca laporan ini, sedikit sebanyak Sudin tahulah juga hubungan dan kaitan batu bersurat di Pengkalan Kempas Negeri Sembilan itu. Ada tertera padanya kalimat bismillah ir rahman ir rahim dalam tulisan Jawi, juga ada tulisan Pali atau Kawi, seiras dengan tulisan-tulisan di surat-surat raja-raja Champa.
Không có nhận xét nào:
Đăng nhận xét